Skip to main content

7 Tips Untuk Anda Yang ke Cameron Highland

7 Tips nak ke CAMERON HIGHLANDS
1) Yg mana dr KL boleh ikut Tapah, dr Penang ikut Simpang Pulai.
2) Bertolak awal okey! Sesudah subuh harap dah start enjin😬 Lambat confem jem oiπŸšŒπŸš•πŸš–πŸš—πŸš‘πŸš
3) Merancang itu penting. Kena tahu info tempat2 menarik CH
-Ladang Teh Boh di Ringlet @ Bharat Teh Garden 9.30am-4.30pm (isnin cuti)
-KEA Farm 8.30am-6pm
-KHM Strawberry Farm Taman Sedia 8.30am-6pm
-Ladang anggur bertam valley 9am-5pm (Bulan 12 baru musim anggur)
-Taman Abang steamboat & grill
Harga Dewasa RM39 Kanak2 RM29
-Pasar malam Sg. Ruil dekat Golden Hills (waktu operasi lewat petang sampai malam untuk hari jumaat, sabtu & hari2 dibuka untuk cuti sekolah)
-Penginapan: jalan kaki je pergi pasar malam) 
4. Seeloknya pergi bukan pada musim cuti sekolah atau cuti perayaan. Kenapa?
+ harga jualan produk berlipat ganda daripada harga asal.
+ sukar untuk dapat parking kereta.
+ kebanyakan hotel penuh dan harga juga lebih mahal.
+ kurang privasi.
5. Jika anda mahu membeli buah, sayuran, teh dan lain-lain sebagai buah tangan, belilah di kawasan S corner. Ada sign board S Corner sebelum menuruni bukit di situ. Di sini berderetan kedai dan gerai yang sangat murah berbanding di tempat-tempat lain seluruh Cameron Highlands.
.
Anda boleh dapat buah strawberi yang besar dan manis sebanyak 5 pek dengan harga semurah RM10 berbanding jika anda beli di kawasan lain, mungkin hanya 3 pek dengan harga RM10.
.
Anda boleh beli teh uncang dengan harga RM5 sekotak. Kalau beli banyak, boleh dapat murah lagi jika anda bijak mengayat.
Saya pernah membeli 20 kotak teh uncang dengan RM100 serta mendapat strawberi white coffe sekotak dengan percuma.
Sayuran segar dan gemuk di sini cuma RM10 bagi 8 pek yang anda boleh pilih.
.
6. Kalau mahu makan nasi berlauk dengan portion yang kenyang, lauk yang sedap, harga yang memuaskan, cari di Tanah Rata. Berdekatan sebelah terminal bas Cameron. Nama kedai Kak Yam, ada banner yang besar boleh nampak.
.
7. Cari hotel di sekitar tanah rata. Berhampiran kedai makan Kak Yam itu juga. Park kereta, jalan kaki untuk buat survey. Biasa backpackers suka menginap di hotel seperti itu.
Kalau datang bersama anak-anak kecil, ada bilik yang sesuai pada kadar harga RM80 dengan kemudahan yang baik.
Info dari Perak Sana SIni.
Sharing tips ke cameron😍
Jom book untuk minggu ini..dapatkan harga PROMOSI weekdays πŸ‘πŸ˜‰


Comments

Popular posts from this blog

Pastikan Minyak Penuh Sebelum Anda Naik ke Cameron

Untuk makluman pengunjung Cameron Highland, hanya terdapat 4 stesen minyak di Cameron Highlands iaitu 2 di Ringlet dan 2 lagi di Brinchang. Manakala bandar Tanah Rata tiada kemudahan tersebut.  Stesen tersebut ialah Shell dan Petronas dan hanya beroperasi dari pukul 7 pagi hingga 10 malam sahaja. Pengunjung dari selatan yang melalui Jalan Tapah - Cameron Highlands bolehlah mengisi minyak di Tapah sebelum naik. Jarak perjalanan dari Tapah ke Ringlet ialah 45km. Pengunjung dari Utara melalui Simpang Pulai bolehlah mengisi minyak di Simpang Pulai. Jarak dari Simpang Pulai ke Brinchang ialah lebih kurang 70km. Pengunjung dari pantai timur melalui Gua Musang boleh mengisi minyak di Gua Musang. Jarak perjalanan dari Gua Musang ke Brinchang ialah 120 km. Jadi pastikan kenderaan anda mempunyai minyak mencukupi jika ingin ke Cameron Highlands. Kredit buat Indahnya Cameron Highlands.

Aysar Homestay Cameron Highland Pilihan Selesa!

🏠AYSAR  AYSAR MUSLIM APARTMENT CAMERON 🏠 (ADA LIF) πŸ’• πŸ’• Homestay kami terletak di kawasan perumahan yang baru dibuka (belakang Balai Polis Tanah Rata) dan perabot semua serba baharu untuk keselesaan anda. πŸ’• πŸ’•\ 🌹 3 bilik tidur dan 2 bilik air 🌹 Kemudahan Astro 🌹 Kemudahan memasak yang lengkap(rice cooker,blender,cerek elektrik,kuali,periuk dan peralatan untuk makan lengkap disediakan. 🌹 Peti sejuk 🌹 Seterika & iron board 🌹 Sejadah 🌹 Pemanas air di setiap bilik air 🌹 Tilam single tambahan 🌹 Semua jenis toiletries tidak disediakan 🌹 Maksimum 10 orang termasuk dewasa & kanak-kanak dan bayi. Kemudahan yang terdapat di kawasan penginapan ini: πŸ”† Kedai masakan melayu,thai, western & mamak πŸ”† Kedai makan viral Steambot Cheese n Grill πŸ”† Kedai runcit dan serbanika πŸ”† Kedai cenderahati πŸ”† Kedai dobi layan diri 24 jam πŸ”† Kedai bahan mentah(ayam ,ikan, sotong dan sebagainya). πŸ“ BERDEKATAN DENGAN TEMPAT-TEMPAT MENARIK YANG WAJIB ANDA KUN...